Berita Berita
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
KOTA BHARU 28 Jan – Kerajaan negeri Kelantan menetapkan syarat ketat terhadap aktiviti mendulang emas termasuk larangan menggali melebihi satu setengah meter dan mendulang dalam lingkungan dua kilometer radar bagi menjaga alam sekitar serta mengelakkan kejadian tebing sungai runtuh.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kawasan mendulang emas turut ditetapkan dengan zon penampan supaya aktiviti itu tidak melepasi kawasan yang telah diwartakan.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
“Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan pencemaran sungai, kejadian tebing runtuh dan pada masa sama memelihara alam sekitar,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Mohamed Fadzli berkata, setakat ini sebanyak 350 lesen mendulang emas telah dikeluarkan oleh PTG di seluruh negeri.
Selain itu, beliau memaklumkan dua syarikat telah diberikan lesen untuk membeli emas daripada para pendulang.
“Sekiranya terdapat syarikat lain yang berminat membeli emas daripada pendulang, mereka boleh mendaftar dan memohon lesen,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan penduduk tidak dibenarkan menghalang laluan pendulang emas berlesen ke kawasan yang telah diwartakan memandangkan ia terletak di atas tanah rizab kerajaan negeri.
“Apabila kawasan itu berada di tanah kerajaan dan lesen diberikan oleh kerajaan negeri, pemegang lesen berhak melalui kawasan yang digazetkan.
“Jika melalui tanah persendirian ia dikira menceroboh, namun bagi tanah kerajaan, sesiapa sahaja boleh melalui kawasan tersebut. Oleh itu, penduduk tidak wajar menghalang kerana ia tidak adil kepada pemegang lesen mendulang emas,” katanya.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 4:05 pm
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:25 pm
ETS beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina
January 28, 2026, 2:20 pm
