Berita Berita
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
SHAH ALAM 28 Jan – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan pihaknya tidak menanggung sebarang kos berkaitan kerja-kerja perobohan dan pengosongan tanah miliknya yang diceroboh oleh mana-mana pihak.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, semua kos berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri selaras dengan tanggungjawabnya dalam urusan terbabit.
Beliau berkata demikian bagi menjawab hantaran di platform Threads yang mendakwa penceroboh tanah perkuburan Islam PJS4, Petaling Jaya diberikan tanah ganti serta kos perobohan ditanggung oleh JAIS.
“JAIS tidak menanggung apa-apa kos untuk perobohan dan pengosongan tanahnya yang diceroboh oleh mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Shahzihan turut menafikan dakwaan bahawa wang zakat dan wakaf digunakan bagi tujuan perobohan serta pengosongan tanah yang diceroboh.
Menurutnya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah mengikut undang-undang dan ketetapan hukum syarak dalam mengurus serta menjaga dana umat Islam.
Katanya, MAIS juga mempunyai pemahaman jelas mengenai perkara yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.
“Justeru, umat Islam tidak perlu bimbang terhadap isu yang dibangkitkan. MAIS akan terus memelihara dana dan wang umat Islam untuk digunakan bagi perkara yang memberi manfaat kepada umat Islam selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Seksyen 7 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, penceroboh tanah perkuburan Islam di PJS4, Petaling Jaya diberikan tempoh sehingga 31 Mac ini untuk mengosongkan tapak berkenaan.
Mohd Shahzihan berkata, sekiranya pihak terlibat gagal berbuat demikian, tindakan penguatkuasaan seterusnya akan diambil.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
ETS beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina
January 28, 2026, 2:20 pm
