Berita Berita
'Masa jadi Exco tak lawat pun ladang babi, bila jadi pembangkang beliau lawat' - Amirudin label Ahli Parlimen PAS hipokrit
KUALA LUMPUR 29 Jan - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan bekas rakan exco negerinya daripada PAS sebagai hipokrit berhubung polemik cadangan pemusatan ternakan babi di Bukit Tagar yang kini mencetuskan perdebatan awam.
Berucap di Dewan Rakyat, Amirudin (PH-Gombak) berkata kerajaan Selangor, termasuk ketika pentadbirannya, sejak awal lagi merancang menutup ladang ternakan babi konvensional yang mencemarkan alam sekitar, khususnya yang beroperasi di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Menurutnya, isu berkenaan bukan perkara baharu dan telah lama dibincangkan sejak beliau dan Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkhidmat bersama sebagai exco Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Azmin Ali antara 2014 hingga 2018.
“Masalah ini bukan satu tahun. Ketika (Ahmad Yunus) jadi exco pertanian, masalah itu masih berterusan. Dan kita ingin tangani (sekarang),” katanya ketika membahaskan Titah Diraja.
“Ketika (beliau) jadi exco pertanian, beliau tak lawat kandang babi. Masa jadi pembangkang (barulah) beliau lawat.”
Amirudin berkata, cadangan pemusatan ternakan babi itu dikemukakan bagi menyelesaikan masalah pencemaran dengan memindahkan ladang ke kawasan lebih sesuai dan jauh dari petempatan penduduk, selain menggunakan sistem tertutup yang lebih terkawal.
Beliau turut memaklumkan perkara itu sudah dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan menerima maklum balas positif selepas penjelasan diberikan.
Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan disensasikan sehingga emosi dan sentimen mengatasi fakta serta data yang menjadi asas kepada cadangan kerajaan negeri.
Tambah Amirudin, ketika pentadbiran negeri di bawah pimpinan Azmin sebelum ini, exco kerajaan negeri pernah menerima tiga kertas cadangan berkaitan pelaksanaan projek pemusatan ternakan babi.
“Tidak ada pelabur yang nak buat, kerana kosnya tinggi. Kerajaan pun tak nak labur, sebab kita rasa ini tanggungjawab (pemain industri). Sekarang, pelabur nak datang,” katanya.
Menurut beliau, konsep ladang ternakan babi berpusat sebenarnya sudah dilaksanakan di beberapa negeri lain seperti Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, kerajaan Selangor akhirnya membatalkan hasrat memperkenalkan projek ladang babi berpusat di Bukit Tagar susulan tentangan hebat daripada orang ramai.
Cadangan itu sebelum ini bertujuan menambah baik pengurusan sisa kumbahan, memodenkan industri ternakan serta memindahkan 112 ladang babi di Tanjung Sepat yang didakwa menjadi punca pencemaran alam sekitar.
Mengulas perdebatan hangat susulan pembatalan projek berkenaan, Amirudin menegaskan kerajaan negeri tidak akan mendedahkan sebarang lokasi alternatif berpotensi kepada umum sehingga keputusan muktamad dibuat.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 3:15 pm
Deretan kedai di Taman Medan musnah dalam kebakaran
January 29, 2026, 3:02 pm
Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang ikut lunas perlembagaan, tidak sama isu Sulu
January 29, 2026, 2:54 pm
Sindiket dadah bertukar 'homestay' bungkus dadah, polis rampas 261kg bernilai RM 13 juta di Sentul
January 29, 2026, 2:09 pm
MyKad baharu boleh jejak rekod pembelian minyak masak bersubsidi mulai 1 Jun - Armizan
January 29, 2026, 1:48 pm
Warga asing dilarang beli minyak masak bersubsidi mulai 1 Mac ini - Armizan
January 29, 2026, 1:09 pm
Pegawai Imigresen didakwa terima suapan RM5,100 lepaskan warga asing di KLIA
January 29, 2026, 1:02 pm
Warga emas 72 tahun diseret hampir 10 meter pertahan barang kemas dari diragut penyangak di Kota Bharu
January 29, 2026, 11:19 am
