Berita Berita
`Saya langsung tiada kaitan' - Anwar nafi sebarang kaitan dengan pertukaran emel kes Epstein
KUALA LUMPUR, 2 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak dalam pertukaran emel yang dikaitkan dengan kes melibatkan ahli kewangan Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein, walaupun namanya dipetik oleh pihak luar bagi tujuan mengatur pertemuan.
"Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap 'petik' nama saya dalam emel membabitkan kes Epstein.
"Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam emel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas email tu, terutama Epstein.
"Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru," katanya dalam satu hantaran pada akaun Facebook miliknya hari ini.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan nama Perdana Menteri muncul dalam kelompok terbaharu fail yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan mendiang Epstein.
Bagaimanapun, nama Anwar tidak dikaitkan dengan sebarang dakwaan salah laku seksual atau lawatan ke pulau terkenal milik mendiang ahli kewangan itu, sebaliknya hanya dibincangkan dalam konteks politik.
Menerusi satu emel bertarikh 21 Februari 2012, seorang rakan kongsi Epstein yang identitinya tidak didedahkan menghantar emel bertanya sama ada wajar diatur satu pertemuan antara Anwar dengan individu dikenali sebagai Jes’ bagi meneroka potensi manfaat masa depan untuk JPM’.
JPM merujuk kepada bank Amerika Syarikat, JP Morgan, manakala Jes dipercayai merujuk kepada Jes Staley, yang ketika itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bahagian perbankan pelaburan syarikat berkenaan.
Epstein, seorang pembiaya kaya dari Amerika Syarikat, meninggal dunia di sel penjara New York pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas pertuduhan memperdagangkan kanak-kanak perempuan bawah umur untuk tujuan seks.
Kematian itu, menurut laporan AFP, diputuskan sebagai bunuh diri.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 5:05 pm
'Ada benda DAP tak puas hati...' - Kian Ming dedah punca sebenar keluar DAP
September 10, 2026, 4:29 pm
Petani maut ditembak di hadapan rumah sewa anak di Banting
September 10, 2026, 4:25 pm
Lelaki warga asing ditahan calarkan tujuh kenderaan di parkir TRX
September 10, 2026, 4:19 pm
KKM tangguh sementara operasi perkhidmatan doktor udara
September 10, 2026, 4:12 pm
Pemuda UMNO selar sikap hipokrit PH isu kuasa pengampunan Agong
September 10, 2026, 4:06 pm
Pemuda PAS, Pemuda UMNO rancang perhimpunan usung perpaduan ummah
September 10, 2026, 3:59 pm
Ahmad Zahid serah nasib Najib Razak kepada kebijaksanaan YDPA
September 10, 2026, 3:55 pm
Pemuda UMNO desak kerajaan laksana semula GST
September 10, 2026, 2:26 pm
‘Orang dah benci DAP, lebih baik PAS’ – Raja Sara Petra
September 10, 2026, 9:49 am
