TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

AMK tegaskan PH tak pernah pertikai kuasa pengampunan Agong

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 10 September — Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong seperti yang didakwa oleh UMNO.

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin menjelaskan bahawa kenyataan serta fokus PH sentiasa tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa, keputusan mahkamah, serta kedaulatan undang-undang tanpa sebarang niat untuk menyentuh kedudukan institusi Diraja.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mempersoalkan pendirian gabungan itu berhubung hukuman ke atas individu yang disabitkan dengan kesalahan rasuah, di samping mengaitkannya dengan kuasa pengampunan Baginda.

“Saya baca kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Saya cuma mahu tanya satu perkara, ayat mana dalam kenyataan PH yang mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong? Jangan letakkan perkataan yang tidak pernah disebut oleh PH. Kenyataan PH sangat jelas. Kita menjunjung Perlembagaan dan menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Danish turut menekankan bahawa pendirian tegas terhadap amalan rasuah tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai serangan ke atas institusi Raja, malah gabungan itu sentiasa menghormati peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa pengampunan.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar wacana berkenaan kekal berlandaskan prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang tanpa mengheret nama institusi Diraja ke dalam polemik politik.

+ - reset