Berita Berita
Mak nyah pertama didakwa ubah jantina di Mahkamah Syariah Kelantan
KOTA BHARU 4 Feb – Seorang individu menjadi yang pertama didakwa di Mahkamah Syariah Kelantan atas kesalahan mengubah jantina, susulan penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang diwartakan pada tahun 2020.
Menurut laporan Sinar Harian, sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) berkata, penahanan individu terbabit dibuat dalam satu operasi melibatkan penganjuran acara membabitkan sekumpulan transgender.
“Susulan itu satu pendakwaan dibuat ke atas suspek di Mahkamah Syariah Kelantan, baru-baru ini atas dakwaan melakukan pengubahan jantina," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Menurut sumber berkenaan, kes itu kini masih berada di peringkat pengurusan selepas tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.
Katanya, individu terbabit dipercayai melakukan pengubahan jantina pada pertengahan tahun lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang memperuntukkan kesalahan mengubah jantina sendiri atau orang lain.
"Jika sabit kesalahan ia boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.
Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan butiran lanjut berkaitan kes berkenaan.
“Saya tiada maklumat lengkap dan ada isu tidak boleh dibuat pendedahan terbuka. Dalam hal ini saya kena jaga semua pihak yang sedang diambil tindakan,” katanya.
Berita berkaitan
February 4, 2026, 4:41 pm
MARA tak sorok 'bawah karpet' kes salah laku, terus lapor SPRM tanpa kompromi - Asyraf Wajdi
February 4, 2026, 3:53 pm
Bakar suar di Jambatan Angkat, 12 penyokong Selangor FC didakwa positif dadah
February 4, 2026, 3:44 pm
'Ada yang menuduh saya mengkhianati negara' - Anwar tegur pembangkang keluar kenyataan biadap
February 4, 2026, 3:02 pm
Remaja cederakan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi diperintah jalani khidmat masyarakat
February 4, 2026, 2:54 pm
Mayat reput separuh bogel ditemui di sungai Pantai Remis, polis sahkan kes bunuh
February 4, 2026, 2:49 pm
Dari tirai besi ke istana: Sultan Selangor terharu kisah bekas banduan PhD diberi pengampunan penuh
February 4, 2026, 2:37 pm
Puad Zarkashi tegur Hannah Yeoh: Hormati kuasa Agong, Datuk Bandar KL bukan jawatan pilihan raya
February 4, 2026, 2:25 pm
