Berita Berita
Anwar tegur semua pihak jaga sensitiviti hubungan Malaysia-Indonesia dalam isu sempadan, jangan sampai menyinggung perasaan
KUALA LUMPUR 4 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menjaga sensitiviti dan hubungan diplomatik Malaysia–Indonesia ketika membincangkan isu jajaran sempadan antara kedua-dua negara, khususnya di ruang awam.
Beliau mengingatkan bahawa perbezaan pandangan dalam isu sempadan boleh disuarakan, namun ia perlu dilakukan secara berhemah agar tidak menyinggung perasaan Indonesia sehingga menjejaskan hubungan baik yang telah terjalin sekian lama.
"Kita kena jaga hubungan kita dengan Indonesia sejak 1974 yang sangat baik. Rundingan (persempadanan) diteruskan di semua peringkat.
"Selalunya kerjasama antara dua pihak itu dari serendah-rendah pegawai hinggalah kepada menteri dan Perdana Menteri dengan Indonesia sangat baik.
"Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan menjatuhkan hukuman dan jangan juga menyinggung perasaan rakan kita di Indonesia yang berusaha untuk menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab di antara dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Penerangan Khas Parlimen Isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menjelaskan bahawa laporan media yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah–Kalimantan adalah tidak tepat.
Baru-baru ini, media melaporkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara, didakwa kini beralih ke Malaysia, manakala pertikaian sempadan di kawasan Pulau Sebatik masih belum diselesaikan. Dalam laporan sama, Indonesia turut didakwa memperoleh tambahan kawasan seluas 5,207 hektar daripada Malaysia.
Pada masa sama, Anwar menjelaskan bahawa rundingan membabitkan isu sempadan, termasuk di tiga kampung di kawasan Nunukan, Kalimantan Utara, sememangnya melibatkan perkara sensitif dan tidak semua rundingan berkenaan telah dimuktamadkan sepenuhnya.
Beliau berkata, sehingga kini masih terdapat lima kawasan sempadan darat di zon intertidal (pesisir pantai) di sektor Sabah–Kalimantan Utara serta empat kawasan Outstanding Boundary Problem (OBP) di sektor Sarawak–Kalimantan Barat yang masih dalam proses perundingan antara kedua-dua negara.
"Sebab itu kenyataan kita harus berhati-hati dan berhemah... kalau hendak cari keuntungan politik sempit, ini bukan masanya, untuk korbankan kepentingan Malaysia atau korbankan kepentingan hubungan baik di antara dua negara.
"Jadi saya nak jelaskan seperti mana tohmahan sebelum ini bahawa kita sudah serahkan Ambalat, sedangkan hal itu belumpun dimuktamadkan tetapi tohmahan pihak pembangkang sudah diserahkan. Saya tidak tahu serah wilayah mana.
"Jadi sebab itu kita harus rujuk kepada angka dan data serta menggunakan kesempatan ini juga untuk mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kerana pegawai kita di Bahagian Ehwal Persempadanan disokong oleh Bahagian Topografi, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pemetaan, Kementerian Pertahanan dan tentera terpaksa redah hutan belantara untuk memastikan peta itu dimuktamadkan," katanya.
Berita berkaitan
February 4, 2026, 4:41 pm
MARA tak sorok 'bawah karpet' kes salah laku, terus lapor SPRM tanpa kompromi - Asyraf Wajdi
February 4, 2026, 3:53 pm
Bakar suar di Jambatan Angkat, 12 penyokong Selangor FC didakwa positif dadah
February 4, 2026, 3:44 pm
'Ada yang menuduh saya mengkhianati negara' - Anwar tegur pembangkang keluar kenyataan biadap
February 4, 2026, 3:02 pm
Remaja cederakan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi diperintah jalani khidmat masyarakat
February 4, 2026, 2:54 pm
Mayat reput separuh bogel ditemui di sungai Pantai Remis, polis sahkan kes bunuh
February 4, 2026, 2:49 pm
Dari tirai besi ke istana: Sultan Selangor terharu kisah bekas banduan PhD diberi pengampunan penuh
February 4, 2026, 2:37 pm
Puad Zarkashi tegur Hannah Yeoh: Hormati kuasa Agong, Datuk Bandar KL bukan jawatan pilihan raya
February 4, 2026, 2:25 pm
Pilihan raya Datuk Bandar KL cuma ‘eksperimen berbahaya’, PN beri amaran
February 4, 2026, 1:46 pm
