Berita Berita
Kes spa songsang Chow Kit: Polis masih tunggu lampu hijau Peguam Negara
KUALA LUMPUR 5 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung tindakan susulan ke atas lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan sebuah spa songsang di Chow Kit, November lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 17 Disember lalu untuk penelitian dan keputusan lanjut.
Menurutnya, siasatan melibatkan lelaki warga tempatan daripada keseluruhan 171 individu yang ditahan dalam serbuan pusat spa berkenaan.
“PDRM membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan memperdagangkan orang bagi tujuan pelacuran, selain Seksyen 377B/511 dan 377D Kanun Keseksaan berkaitan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii atau cubaan melakukan kesalahan,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman web Parlimen.
Saifuddin Nasution berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) berhubung langkah seterusnya kerajaan terhadap 171 lelaki tempatan yang sebelum ini dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan atas alasan kekurangan bukti.
Beliau turut menjelaskan, kes sama disiasat mengikut Seksyen 269 dan 270 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan cuai dan berniat jahat yang boleh menyebarkan penyakit berbahaya.
Selain itu, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki atau mengedarkan bahan lucah tanpa kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Pada 30 November lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kesemua 171 warga tempatan yang ditahan dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.
Menurut beliau, ketiadaan pengakuan mangsa menyebabkan siasatan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan.
“Dalam kes eksploitasi, pelacuran atau luar tabii, mesti ada mangsa. Namun tiada seorang pun mengaku sebagai mangsa, menyebabkan kes tidak dapat diteruskan,” katanya.
Berita berkaitan
February 5, 2026, 9:36 pm
6 murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi, tiada arahan tutup sekolah setakat ini
February 5, 2026, 9:36 pm
Keselamatan makin tegang: Malaysia nasihat rakyat tangguh ke Iran, bersiap sedia pulang
February 5, 2026, 9:09 pm
Kenderaan berat dilarang berada atas lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina - JPJ
February 5, 2026, 9:08 pm
Legenda Sang Penyu pergi selamanya: Zulharisam Awang, wira Piala Malaysia 2001 meninggal dunia
February 5, 2026, 9:02 pm
Tragis, lelaki maut dipercayai terjatuh dari pokok petai
February 5, 2026, 8:55 pm
Pemandu terlelap, Toyota Vios rempuh pagar sekolah awal pagi
February 5, 2026, 8:53 pm
Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R ketika Himpunan Anti Rumah Anutan Haram
February 5, 2026, 8:29 pm
Anwar yakin ekonomi negara terus kukuh jika reformasi dan integriti terus dipertahan
February 5, 2026, 8:15 pm
Satu sen tak sentuh, keluarga Altantuya pulangkan semula RM4.8 juta kepada kerajaan
February 5, 2026, 6:02 pm
