Berita Berita
Polis tahan pemandu e-hailing didakwa cabul kehormatan penumpang, PSV dibatalkan serta-merta
JOHOR BAHRU 5 Feb – Polis Johor mengesahkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun susulan kes cabul kehormatan terhadap seorang wanita warga Vietnam yang tular di media sosial sejak Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, laporan polis diterima pada Rabu selepas mangsa tampil membuat aduan mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan seksual oleh pemandu e-hailing ketika berada di dalam kenderaan suspek.
Menurut beliau, bertindak atas maklumat tersebut, polis menahan lelaki berkenaan di sekitar Johor Bahru pada hari sama dan merampas beberapa barang bukti termasuk dua unit telefon bimbit serta sebuah kenderaan Perodua Bezza bersama kunci dan alat kawalan jauh.
“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis dan mahkamah membenarkan tempoh reman selama tiga hari sehingga 7 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, tular sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang pemandu e-hailing bertindak tidak senonoh dengan menghulurkan tangan ke arah penumpang wanita di tempat duduk belakang.
Video berkenaan yang dirakam sendiri oleh mangsa menunjukkan cubaan menyentuh badan wanita itu, namun tindakan berkenaan sempat ditepis mangsa.
Susulan penularan kes tersebut, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu Grab terbabit.
Beliau menegaskan, pembatalan lesen PSV itu bermakna suspek tidak lagi dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di mana-mana platform e-hailing, sekali gus memberi isyarat tegas bahawa sebarang bentuk gangguan seksual tidak akan dikompromi.
Kes berkenaan sekali lagi mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap isu keselamatan penumpang, khususnya melibatkan perkhidmatan e-hailing yang semakin meluas digunakan.
Berita berkaitan
February 5, 2026, 9:36 pm
6 murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi, tiada arahan tutup sekolah setakat ini
February 5, 2026, 9:36 pm
Keselamatan makin tegang: Malaysia nasihat rakyat tangguh ke Iran, bersiap sedia pulang
February 5, 2026, 9:09 pm
Kenderaan berat dilarang berada atas lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina - JPJ
February 5, 2026, 9:08 pm
Legenda Sang Penyu pergi selamanya: Zulharisam Awang, wira Piala Malaysia 2001 meninggal dunia
February 5, 2026, 9:02 pm
Tragis, lelaki maut dipercayai terjatuh dari pokok petai
February 5, 2026, 8:55 pm
Pemandu terlelap, Toyota Vios rempuh pagar sekolah awal pagi
February 5, 2026, 8:53 pm
Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R ketika Himpunan Anti Rumah Anutan Haram
February 5, 2026, 8:29 pm
Anwar yakin ekonomi negara terus kukuh jika reformasi dan integriti terus dipertahan
February 5, 2026, 8:15 pm
Satu sen tak sentuh, keluarga Altantuya pulangkan semula RM4.8 juta kepada kerajaan
February 5, 2026, 6:02 pm
