Berita Berita
Darjah satu, Tingkatan 1 belajar subjek sejarah ikut kurikulum baharu bermula tahun depan - KPM
KUALA LUMPUR 11 Feb - Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan kurikulum baharu bagi mata pelajaran Sejarah secara berperingkat bermula tahun depan, dimulakan dengan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata pelaksanaan itu akan diperluaskan pada 2028 membabitkan murid Tahun Dua dan Tingkatan Dua.
"Berkenaan kurikulum (mata pelajaran Sejarah) yang sedang diguna pakai oleh KPM, ia sememangnya akan digunakan untuk satu tempoh dan bila sampai (sesuatu tempoh), kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu.
"Bagi tahun depan, kita perkenalkan kurikulum baharu, ia libatkan Tingkatan Satu dan Tahun Satu, manakala tahun akan datang, 2028, ia merangkumi Tingkatan Dua dan Tahun Dua," katanya pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai pelaksanaan kurikulum baharu Sejarah serta tempoh semakan semula yang ditetapkan KPM.
Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan semakan kurikulum hanya dilakukan sekiranya terdapat keperluan.
"Ia (semakan) boleh dilakukan dari semasa ke semasa, tetapi pihak KPM selalu pastikan ia selaras Falsafah Pendidikan Negara.
"Pada masa sama, ia harus seimbang dengan semua segmen dipertimbangkan," katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq menyuarakan pandangan agar KPM berhati-hati supaya kandungan kurikulum Sejarah tidak dipengaruhi politik kepartian.
"Dalam kita ingin menyemak kurikulum atau memasukkan input sejarah baharu (dalam subjek Sejarah), saya harap kementerian sangat berjaga-jaga.
"Lensa sejarah kalau diwarnai politik kepartian, walaupun memihak kepada kita, boleh menyebabkan ibu bapa tidak selesa menghantar anak ke sekolah dan akhirnya menyebabkan negara rugi secara keseluruhan.
"Kalau kita fokus soal keprihatinan rakyat secara am, (misalnya) isu Rukun Negara, tak ada orang yang akan bangkang. Namun jika diselit (politik kepartian), takut ia diperbesarkan dan perkara yang baik (dalam buku teks Sejarah) akan tercicir," katanya.
Mengulas perkara itu, Kah Woh berkata KPM komited memastikan kurikulum Sejarah kekal relevan serta bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.
"Sememangnya kita (KPM) memastikan kurikulum Sejarah kekal relevan, pada masa sama dipastikan kandungan itu seimbang, bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.
"Ini memang pendirian KPM," katanya.
Berita berkaitan
February 11, 2026, 3:58 pm
Qualitas Sukuk raih pengiktirafan tertinggi RAM, terbitan RM2.5 bilion terima penarafan kukuh
February 11, 2026, 2:16 pm
Jamal Md Yunos lelong selipar dan tuala, lunas baki kos RM66,061.85 kepada Teresa Kok
February 11, 2026, 2:06 pm
Hamzah Zainudin mungkin terlepas pendengaran Lembaga Disiplin Bersatu
February 11, 2026, 12:01 pm
Had 300 liter Budi95 cukup, rakyat guna purata 100 liter sahaja sebulan - PM
February 11, 2026, 12:01 pm
Subsidi RON95 disasar, kerajaan jangka jimat sekurang-kurangnya RM2.5 bilion
February 11, 2026, 11:53 am
Mykiosk jadi 'gajah putih', Kor Ming patut letak jawatan - Ti Lian Ker
February 11, 2026, 11:51 am
Agong tegas jangan politikkan agama, keharmonian negara mesti dipelihara
February 11, 2026, 11:36 am
Rempuhan maut di lebuh raya, dua nyawa terkorban dalam nahas awal pagi
February 11, 2026, 10:29 am
