Berita Ekonomi
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026
KUALA LUMPUR 19 Feb – Kadar inflasi Malaysia meningkat sebanyak 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) merekodkan 135.7 mata berbanding 133.6 pada bulan sama tahun sebelumnya.
Data tersebut dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, empat kumpulan mencatatkan peningkatan kadar inflasi lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.
Menurut beliau, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial serta pelbagai barangan dan perkhidmatan meningkat 6.6 peratus, manakala pendidikan naik kepada 3.2 peratus berbanding 2.8 peratus pada Disember 2025.
Selain itu, kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain turut meningkat kepada 1.2 peratus, diikuti rekreasi, sukan dan kebudayaan yang mencatat kenaikan 0.9 peratus.
“Kumpulan minuman alkohol dan tembakau naik 2.5 peratus manakala makanan dan minuman meningkat 1.5 peratus. Kedua-duanya mencatat kadar yang sama seperti direkodkan pada Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas inflasi mengikut negeri, beliau berkata, tiga negeri merekodkan kadar melebihi paras nasional iaitu Johor (2.1 peratus), Negeri Sembilan (2.0 peratus) dan Pahang (1.9 peratus), manakala Kelantan mencatat inflasi terendah iaitu 0.3 peratus.
Dari segi perbandingan antarabangsa, kadar inflasi Malaysia pada Januari 2026 adalah lebih rendah berbanding Indonesia (3.6 peratus), Vietnam (2.5 peratus) dan Korea Selatan (2.0 peratus), namun lebih tinggi daripada Thailand yang mencatat -0.7 peratus.
Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi Tahun 2026 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada 10 Oktober 2025, kadar inflasi keseluruhan Malaysia diunjurkan antara 1.3 hingga 2.0 peratus tahun ini.
Sementara itu, International Monetary Fund (IMF) melalui laporan World Economic Outlook mengunjurkan inflasi Malaysia pada kadar 2.0 peratus bagi tahun 2026.
Berita berkaitan
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
