TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Apa cerita ni YB?' - Akmal Saleh bangkit isu kebebasan bersuara, tanya Fahmi Fadzil kenapa akaun FB Firdaus Wong disekat

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 2 Mac – Isu sekatan akaun media sosial milik pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung terus mencetuskan perdebatan apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tampil mempersoalkan tindakan berkenaan.

Beliau mempersoalkan sama ada tindakan tersebut mencerminkan kebebasan bersuara apabila sekatan didakwa hanya dikenakan terhadap satu pihak, sedangkan pihak lain tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Apa cerita ini, YB Menteri Komunikasi? Adakah ini dinamakan sebagai kebebasan bersuara?

"Yang dikenakan sekatan kepada satu pihak sahaja, sedangkan pihak yang lain tidak dikenakan sekatan apa-apa.

"Dulu masa jadi pembangkang bukan main lagi bercakap tentang kebebasan bersuara, hari ini sudah lain pula ceritanya," katanya.

Muhamad Akmal berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu dengan mengulang siar kenyataan pendakwah berkenaan.

Terdahulu, Firdaus Wong Wai Hung berkongsi bahawa beberapa akaun Facebook miliknya telah disekat dengan kapsyen 'Meta blok Facebook atas arahan'.

+ - reset