Berita Berita
Dua beradik maut rempuh MPV rosak tepi jalan dalam perjalanan pulang ke asrama
SEBERANG PERAI 2 Mac – Dua beradik yang juga pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan, petang tadi.
Mangsa, Siti Nurzulaikha Mohammad Shukor, 17, yang membonceng motosikal, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Abangnya, Luqman Nulrois, 18, pula menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas akibat kecederaan parah.
Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke asrama dari rumah keluarga mereka di Guar Chempedak, Kedah.
Difahamkan, motosikal jenis Honda RS yang dinaiki mangsa melanggar sebuah Toyota Vellfire yang berhenti di lorong kecemasan, dipercayai susulan masalah tayar belakang.
Bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa dijadualkan dijalankan di Hospital Kepala Batas pagi esok.
Sementara itu, pihak Kolej Vokasional Nibong Tebal menerusi hantaran di Facebook rasmi mereka menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Ya Allah, ampunilah dia dan rahmatilah dia. Sejahterakanlah, maafkanlah segala kesalahannya serta kurniakan limpah rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.
“Semoga kedua-duanya beristirahat dengan aman. Syahid. Insya-Allah,” menurut kenyataan tersebut.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
