Berita Berita
Israel lancar serangan berskala besar ke atas Tehran hari ini
Israel Lancar Serangan Berskala Besar ke atas Tehran
BAITULMAQDIS – Tentera Israel mengesahkan telah melancarkan “serangan berskala besar” ke atas Tehran pada Isnin, dua hari selepas bermulanya kempen ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
Menurut kenyataan rasmi tentera, Tentera Udara Israel telah memulakan satu lagi gelombang serangan yang menyasarkan ibu negara Iran itu.
“Tentera Udara Israel sudah memulakan satu lagi gelombang serangan terhadap Tehran,” menurut kenyataan berkenaan.
Serangan terbaharu itu dilaporkan menyasarkan beberapa lokasi strategik, termasuk kemudahan keselamatan dan pertahanan di sekitar Tehran.
Ketegangan antara Israel dan Iran meningkat sejak beberapa hari lalu susulan siri tindakan ketenteraan yang dilihat sebagai antara eskalasi terbesar dalam konflik antara kedua-dua negara.
Perkembangan itu turut mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap kemungkinan konflik yang lebih meluas di rantau Asia Barat.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
