Berita Berita
Kertas siasatan kes pijak al-Quran dirujuk AGC, 62 laporan polis diterima setakat ini
KUALA LUMPUR 2 Mac – Kertas siasatan berhubung individu yang fotonya tular memijak al-Quran akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini bagi tindakan lanjut.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman memaklumkan pihaknya akan mendapatkan nasihat dan arahan daripada AGC selaras dengan kuasa pendakwaan di bawah undang-undang.
“Setakat ini, sebanyak 62 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung penularan foto berkenaan.
“Seramai 43 saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis menegaskan siasatan akan dijalankan secara profesional dan adil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian negara.
Masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan spekulasi atau kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan dan menjejaskan sensitiviti agama.
Individu yang disiasat telah ditahan pada 25 Februari lalu dan direman sehingga 28 Februari, sebelum perintah reman disambung hingga 3 Mac bagi membolehkan siasatan dilengkapkan.
Polis Diraja Malaysia sebelum ini memaklumkan kertas siasatan hampir lengkap dan tindakan selanjutnya akan diputuskan selepas dirujuk kepada AGC.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
