TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Seorang anak Tun Daim hubungi SPRM bantu siasatan Op Godfather

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 4 Mac – Seorang daripada empat anak kepada Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin telah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan Op Godfather.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagaimanapun tiga lagi anak bekas Menteri Kewangan itu masih belum dapat dikesan setakat ini.

Menurutnya, pihak SPRM telah berusaha menjejaki mereka termasuk melalui peguam yang mewakili keluarga berkenaan supaya tampil memberi kerjasama dalam siasatan.

“Sehingga kini, seorang daripada mereka sudah menghubungi kami, manakala tiga lagi masih belum diketahui keberadaan mereka.

“Kita juga sudah cuba menghubungi melalui peguam supaya ketiga-tiga individu berkenaan segera hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM meminta bantuan orang ramai untuk mengesan empat warga Malaysia bagi membantu siasatan dalam satu kes yang sedang dijalankan.

Kesemua individu tersebut merupakan ahli keluarga kepada Allahyarham Daim yang juga dikenali sebagai tokoh politik dan korporat negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata rekod Jabatan Imigresen menunjukkan tiga daripada individu terbabit meninggalkan Malaysia pada penghujung Januari dan awal bulan lalu.

+ - reset