TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ops Middleman: SPRM sita aset RM7.7 juta, beku akaun

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan transaksi rasuah berjumlah kira-kira RM12 juta membabitkan sindiket orang tengah bergelar tonto dan penguat kuasa yang korup menggunakan ‘akaun keldai’ sejak lima tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata transaksi yang dikesan bermula pada tahun 2021 itu dipercayai bertujuan memastikan kenderaan perdagangan tidak dikenakan tindakan undang-undang oleh penguat kuasa bertugas.

Menurut beliau, menerusi Ops Middleman yang dijalankan sejak 24 Februari lalu, pihaknya turut menyita 59 akaun individu yang dipercayai berperanan sebagai ‘keldai akaun’ membabitkan nilai keseluruhan RM7.7 juta.

“Dalam siasatan ini, SPRM juga menahan empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan empat anggota polis trafik serta dua pemilik syarikat dipercayai tonto dan seorang keldai akaun.

"Keseluruhan kes yang ditahan dalam kes ini adalah seramai 18 orang dan kita buka setiap satu kertas siasatan berkaitan suspek.

"Selain wang tunai pelbagai negara termasuk RM326,625, SPRM juga menyita 25 pelbagai jenis kenderaan mewah bernilai RM2.5 juta dan barang kemas berjumlah RM40,000," katanya.

Azam turut mengesahkan bahawa selain JPJ, SPRM akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi melancarkan Ops Middleman.

"Saya sudah berhubung dengan Pengarah JSJ, Datuk M Kumar untuk bertemu dalam masa terdekat," katanya.

+ - reset