Berita Berita
29,000 rakyat Malaysia terjejas di Timur Tengah, paling ramai di UAE
PUTRAJAYA 4 Mac – Kira-kira 29,000 rakyat Malaysia yang berada di rantau Timur Tengah dilaporkan terkesan susulan penutupan ruang udara dan pembatalan penerbangan secara mengejut, khususnya di hab transit utama dunia seperti Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, sekitar 8,500 rakyat Malaysia kini berada di UAE termasuk mereka yang bermastautin serta yang sedang transit atau terkandas akibat gangguan penerbangan ketika ini.
Menurut kementerian itu, kira-kira 5,900 individu telah mendaftarkan keberadaan mereka secara rasmi dengan Perwakilan Malaysia dan jumlah berkenaan dijangka berubah dari semasa ke semasa.
Katanya, perubahan angka itu selaras dengan pergerakan perjalanan serta pertambahan pendaftaran oleh rakyat Malaysia.
“Sejak tercetusnya krisis ini, Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai telah beroperasi tanpa henti, termasuk pada hujung minggu.
“Semua talian telefon rasmi, talian pegawai bertugas serta saluran e-mel kekal aktif sepenuhnya.
“Dalam keadaan jumlah panggilan yang tinggi, para pegawai telah berusaha menghubungi semula panggilan yang terlepas serta membuat susulan secara langsung, termasuk melalui aplikasi pesanan ringkas,” katanya di sini lewat malam tadi.
Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN) berkata, pihaknya memahami sepenuhnya kebimbangan dan tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia susulan situasi tersebut.
Katanya, ia termasuk berhubung satu hantaran tular di media sosial yang mendakwa bahawa Perwakilan Diplomatik Malaysia di UAE gagal memberikan bantuan kepada seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai.
“Selain itu, bilik operasi di Putrajaya kekal diaktifkan sepenuhnya dan beroperasi 24 jam sehari bagi menyokong usaha penyelarasan serta menjawab pertanyaan orang awam.
“Perwakilan Diplomatik Malaysia juga telah melaksanakan satu rangka kerja keutamaan bagi memastikan kes-kes mendesak diberikan perhatian segera.
“Keutamaan diberikan secara aktif kepada individu yang mempunyai keperluan perubatan kritikal, mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal atau sumber kewangan, warga emas, keluarga yang mempunyai anak kecil, pelajar, serta mana-mana individu yang menghadapi kesulitan serius dan segera,” katanya.
Menurut KLN, pendekatan berstruktur itu bagi memastikan bantuan disalurkan terlebih dahulu kepada mereka yang berada dalam keadaan paling kritikal.
“Pada masa sama, kementerian ini amat menghargai kefahaman dan kesabaran mereka yang berada dalam keadaan selamat, kerana ia membolehkan pegawai memberi keutamaan kepada kes yang benar mendesak.
“Justeru, KLN memohon agar mereka yang berada dalam keadaan selamat memberikan sedikit ruang dan kesabaran sementara para pegawai terus berusaha tanpa henti menguruskan situasi yang sedang berkembang pesat ini untuk semua rakyat Malaysia yang terjejas,” katanya.
KLN turut menegaskan bahawa bantuan diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa sebarang perbezaan dan keutamaan mutlak adalah keselamatan serta kebajikan setiap warganegara.
“Dalam suasana ketidaktentuan serantau, penyebaran maklumat yang tidak lengkap atau mengelirukan boleh secara tidak sengaja menjejaskan keyakinan awam serta menyukarkan usaha penyelarasan yang sedang dijalankan.
“Sehubungan itu, kami menggesa semua rakyat Malaysia supaya merujuk hanya kepada saluran rasmi Kementerian dan terus berhubung secara langsung dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular digalakkan untuk terlebih dahulu menghubungi Perwakilan Diplomatik Malaysia terdekat melalui nombor telefon dan alamat e-mel rasmi yang disediakan.
Sekiranya bantuan lanjut diperlukan, Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya yang beroperasi 24 jam boleh dihubungi di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel [dutyofficer@kln.gov.my](mailto:dutyofficer@kln.gov.my).
Berita berkaitan
March 4, 2026, 3:46 pm
Ops terjah kuil Hindu: 'Jangan buat huru-hara, hentikan provokasi' - Steven Sim
March 4, 2026, 2:58 pm
Ops Middleman: SPRM sita aset RM7.7 juta, beku akaun
March 4, 2026, 1:42 pm
Seorang anak Tun Daim hubungi SPRM bantu siasatan Op Godfather
March 4, 2026, 1:17 pm
Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan tidak penting ke Timur Tengah
March 4, 2026, 1:06 pm
Lelaki panjat tiang elektrik potong kabel TM ditahan polis
March 4, 2026, 12:55 pm
SPRM cari bekas pegawai khas Rafizi Ramli
March 4, 2026, 11:34 am
Anwar tarik balik rayuan termasuk imuniti Perdana Menteri, diperintah bayar kos RM50,000
March 4, 2026, 11:24 am
Wanita warga asing ditemui maut di asrama pekerja di Nilai
March 4, 2026, 11:12 am
