Berita Berita
Berada di hospital, tersangkut kesesakan lalu lintas antara sebab MP tak hadir - Fahmi
CYBERJAYA 4 Mac – Kerajaan mengesahkan lapan Ahli Parlimen yang menyokong pentadbiran sedia ada tidak hadir ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, menyebabkan ia gagal memperoleh sokongan dua pertiga.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, daripada lapan Ahli Parlimen itu, tiga adalah daripada Barisan Nasional (BN), manakala masing-masing seorang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta dua Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan.
Beliau berkata, semakan telah dibuat bersama Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pejabat Ketua Whip berhubung ketidakhadiran berkenaan.
“Dari blok PH, 100 peratus hadir dan semua mengundi. Setiap yang tidak hadir memberikan pelbagai alasan apabila ditanya, antaranya berada di hospital dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Antara Ahli Parlimen yang tidak hadir ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Riduan Rubin (Tenom), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Datuk Seri M Saravanan (Tapah), Datuk Larry Soon (Julau) dan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau).
Fahmi menjelaskan Ahli Parlimen Libaran tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke hospital, manakala Ahli Parlimen Tapah memaklumkan beliau menghadiri upacara keagamaan.
Mengulas reaksi Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, Fahmi berkata riak wajah beliau jelas menunjukkan kekecewaan terhadap ketidakhadiran lapan wakil rakyat berkenaan.
Kelmarin, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU berkenaan selepas gagal mendapat sokongan dua pertiga iaitu 148 undi. Hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, manakala 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.
Keputusan undi belah bahagi itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul selepas perbahasan melibatkan 41 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.
Berita berkaitan
September 23, 2026, 1:51 pm
Warga asing ditawar melancong ke Malaysia siap upah RM6,000, rupanya dijadikan ‘keldai dadah’
September 23, 2026, 1:17 pm
Polis paling ramai lapor rasuah, ada pegawai berani tolak suapan RM200,000 - SPRM
September 23, 2026, 12:57 pm
‘Dah nak keluar rumah, sempat tambah perabot baharu’ – Fadhli sindir Loke
September 23, 2026, 12:14 pm
Faktor keselamatan, pertemuan MB, Exco dengan Tuanku Nadzaruddin dibatalkan
September 23, 2026, 11:33 am
Dibayar hingga RM1,800 pandu van angkut PATI pergi balik kerja, enam warga asing dicekup Imigresen
September 23, 2026, 11:02 am
Fadhlina Sidek titip pesanan, gesa guru baharu beri masa sesuaikan diri di kawasan penempatan pedalaman
September 23, 2026, 10:56 am
Gangguan sistem brek tren di Stesen Jalan Ipoh punca perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya tergendala
September 23, 2026, 10:40 am
FIFA sahkan Brad Tapp layak wakili Harimau Malaya, ibu berasal dari Pulau Pinang
September 23, 2026, 10:39 am
