Berita Berita
Wanita warga asing ditemui maut di asrama pekerja di Nilai
NILAI 4 Mac – Seorang wanita warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui maut di sebuah asrama pekerja di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 11.21 malam memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat premis berkenaan.
Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian leher sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan forensik oleh Bahagian D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut menemukan kecederaan dipercayai akibat perbuatan menggunakan senjata tajam.
“Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
July 25, 2026, 8:57 pm
Pelajar dibuli, 3 rakan sekolah disiasat
July 25, 2026, 8:43 pm
Keadaan Najib stabil, tidak perlu pasang 'stent'
July 25, 2026, 3:04 pm
Pengumuman berkaitan penganjuran F1 di Malaysia akan dibuat esok - PM
July 25, 2026, 9:40 am
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:11 am
Anwar seru masyarakat India Muslim terus jadi jambatan perpaduan negara
July 25, 2026, 8:39 am
Dua pelajar perempuan masih lengkap berpakaian 'PJ' ditemukan maut di flat kosong di Ipoh
July 25, 2026, 7:54 am
Sokong usaha MUKMIN, Anwar umum dana RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim
July 24, 2026, 10:51 pm
