Berita Berita
Ops terjah kuil Hindu: 'Jangan buat huru-hara, hentikan provokasi' - Steven Sim
KUALA LUMPUR 4 Mac – Hebahan mengenai satu demonstrasi dikenali sebagai Ops Terjah di sebuah kuil Hindu berhampiran Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac ini mengundang kebimbangan orang ramai selepas posternya tular di media sosial.
Susulan itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, tampil memberi peringatan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan tiada mana-mana pihak perlu menjadi “wira” dengan memainkan sentimen agama dan kaum.
Menurutnya, tindakan berhimpun secara provokatif tidak membantu menyelesaikan masalah negara, sebaliknya hanya mengapi-apikan kebencian yang boleh merosakkan keharmonian.
“Malaysia sebuah negara dengan masyarakat yang majmuk. Mana-mana pihak pun tak perlu jadi wira sentimen agama dan kaum.
“Provokasi berhimpun seperti ini tak membantu untuk menyelesaikan masalah negara, malah mengapi-apikan kebencian yang boleh memusnahkan negara,” katanya.
Tambahnya, beliau menyertai politik untuk membela hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
“Saya masuk politik membela hak semua rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama. Orang Islam saya jaga, orang bukan Islam saya jaga. Saya tak akan biarkan mana-mana rakyat Malaysia diugut dan dibuli,” ujarnya.
Beliau turut menggesa agar perhimpunan tersebut dibatalkan bagi mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh mengganggu keharmonian negara.
“Batalkan perhimpunan, hentikan provokasi, jangan buat huru hara,” katanya.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan telah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan tiada sebarang perhimpunan provokatif diadakan oleh mana-mana pihak.
Berita berkaitan
March 4, 2026, 2:58 pm
Ops Middleman: SPRM sita aset RM7.7 juta, beku akaun
March 4, 2026, 2:23 pm
29,000 rakyat Malaysia terjejas di Timur Tengah, paling ramai di UAE
March 4, 2026, 1:42 pm
Seorang anak Tun Daim hubungi SPRM bantu siasatan Op Godfather
March 4, 2026, 1:17 pm
Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan tidak penting ke Timur Tengah
March 4, 2026, 1:06 pm
Lelaki panjat tiang elektrik potong kabel TM ditahan polis
March 4, 2026, 12:55 pm
SPRM cari bekas pegawai khas Rafizi Ramli
March 4, 2026, 11:34 am
