Berita Berita
Lelaki ada rekod jenayah ditahan berjalan sambil berbogel depan klinik di Kluang
KLUANG 5 Mac - Seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan polis semalam selepas disyaki berjalan sambil berbogel di hadapan sebuah klinik kesihatan di Jalan Mengkibol, di sini, sehingga videonya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan menerusi Op Cantas kira-kira jam 4 petang di Taman Sunrise Park.
Menurutnya, tangkapan dibuat selepas lelaki berkenaan disyaki berbogel di tempat awam berdasarkan video yang tular.
“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam Selasa lalu.
“Siasatan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing mendapati dia bebas daripada sebarang bahan terlarang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pagi ini bagi membantu siasatan lanjut.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
