Berita Berita
'Jangan politikkan kes hina al-Quran, beri ruang mahkamah tentukan' – Sivakumar
KUALA LUMPUR 7 Mac – Semua pihak diingatkan agar tidak mempolitikkan isu melibatkan seorang penuntut universiti yang didakwa menghina Al-Quran, sebaliknya memberi ruang kepada proses perundangan berjalan dengan adil dan tanpa tekanan sentimen.
Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), Datuk N Sivakumar berkata, kes berkenaan kini sedang melalui proses perundangan dan sewajarnya diserahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan keputusan.
Menurutnya, perkara tersebut tidak wajar dipengaruhi oleh sentimen agama mahupun kepentingan politik yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Sivakumar turut mempersoalkan dakwaan bahawa pelajar terbabit sebenarnya telah memeluk Islam sejak April tahun lalu, namun perkara itu hanya didedahkan selepas beberapa hari isu tersebut menjadi tular.
Katanya, kelewatan pendedahan maklumat itu boleh membentuk persepsi awam yang salah sehingga mencetuskan pertelingkahan antara masyarakat berlainan agama.
“Persoalannya, apakah motif mendiamkan perkara tersebut pada peringkat awal sehingga persepsi awam terbentuk dengan naratif yang boleh mengeruhkan keadaan? Ramai bergaduh sesama sendiri berikutan insiden ini hingga tuding-menuding agama dan kepercayaan,” katanya.
Beliau berkata, jika benar perkara tersebut sudah diketahui lebih awal tetapi tidak diperjelaskan kepada umum, tindakan sedemikian boleh disifatkan sebagai berisiko menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia.
Dalam masa sama, Sivakumar menegaskan bahawa agama individu terbabit bukanlah ukuran utama dalam menentukan salah atau benar sesuatu perbuatan.
“Jika dia bersalah, maka dia perlu dihukum menurut undang-undang tanpa mengira agama, bangsa atau kecenderungan politik. Prinsip keadilan mesti ditegakkan secara adil dan saksama,” katanya.
Berita berkaitan
March 7, 2026, 11:34 pm
Dua pegawai kanan, seorang anggota polis antara enam ditahan kes samun berkumpulan di Gombak
March 7, 2026, 6:51 pm
Doktor pelatih ditemui maut di asrama hospital di Kuala Krai
March 7, 2026, 5:23 pm
Penguat kuasa MPS dibelasah penjual rokok haram ketika rondaan
March 7, 2026, 1:07 pm
Lelaki Malaysia cipta rekod dunia miliki 42 batang gigi
March 7, 2026, 12:26 pm
Bayaran balik lebihan cukai mula dikreditkan bermula minggu depan
March 7, 2026, 12:06 pm
KJ mahu masuk UMNO semula
March 6, 2026, 9:14 pm
