TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki Malaysia cipta rekod dunia miliki 42 batang gigi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 Mac – Seorang lelaki Malaysia menempa nama dalam Guinness World Records kerana memiliki 42 batang gigi, lapor agensi berita United Press International semalam. 

 

Prathab Muniandy, 33, mencatatkan rekod dunia kategori lelaki yang memiliki gigi paling banyak. 

Prathab menyedari tentang bilangan giginya yang banyak pada 2021 semasa berkumpul dengan keluarga untuk minum petang. 

“Kami mengira dan mendapati saya mempunyai 38 batang gigi pada masa itu. Hasil imbasan X-ray mendapati empat lagi batang gigi yang masih belum tumbuh. 

“Menjelang awal  2023, saya menyedari saya mempunyai 42 batang gigi. Mujur, kebanyakan gigi tumbuh dengan cantik tanpa sebarang komplikasi,” kata Prathab kepada Guinness World Records. 

Dia menambah, gigi tambahannya tidak menimbulkan sebarang masalah dan kebanyakan orang tidak menyedari keunikan itu sehingga mereka diberitahu.

“Rasanya menakjubkan dan istimewa untuk mengetahui bahawa saya mencipta rekod dunia kerana mempunyai gigi paling banyak” tambahnya. 

Kebanyakan orang mempunyai sebanyak 32 batang gigi. – AGENSI

+ - reset