TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bayaran balik lebihan cukai mula dikreditkan bermula minggu depan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 7 Mac – Pembayar cukai individu yang layak dijangka mula menerima bayaran balik lebihan cukai secara berperingkat bermula minggu kedua bulan ini selepas proses semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selesai.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, bayaran balik tersebut melibatkan pembayar cukai yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025, selaras dengan pembukaan perkhidmatan e-Filing yang bermula 1 Mac lalu.

Tambah agensi itu, selaras dengan Piagam Pelanggan LHDN, bayaran balik cukai bagi BNCP yang dihantar melalui e-Filing akan diproses dalam tempoh sehingga 30 hari bekerja.

“Bagi BNCP yang dihantar secara manual pula, tempoh pemprosesan ialah sehingga 90 hari bekerja.

“Bagaimanapun, sekiranya maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai adalah lengkap dan tepat serta tidak memerlukan semakan lanjut, bayaran balik cukai boleh diproses lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan,” jelas LHDN.

Sehubungan itu, LHDN menasihati pembayar cukai supaya memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan kepada agensi berkenaan adalah tepat dan terkini bagi memastikan proses bayaran balik berjalan lancar.

“LHDN komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien,” katanya. 

+ - reset