TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Nak 'drift' pergi litar la' - Polis tahan pemandu BMW memandu secara berbahaya di Genting Highlands

By
|
Kongsi
image

 

BENTONG 7 Mac – Seorang lelaki yang tular memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘drift’ di selekoh jalan menuju ke Genting Highlands berjaya ditahan polis semalam.

Rakaman video berdurasi 14 saat yang tersebar di media sosial sebelum ini memaparkan sebuah kereta jenis BMW 325i dipandu secara berbahaya ketika mengambil selekoh di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira pukul 11 pagi semalam.

“Suspek telah ditahan dan kenderaan berkenaan turut disita bagi tindakan selanjutnya.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya kepada orang awam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati lelaki itu negatif dadah.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas serta tidak melakukan sebarang aksi pemanduan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” ujarnya. 

+ - reset