Berita Berita
Dua maut, seorang parah jatuh ‘skylift’ ketika hujan lebat di Subang Jaya
KUALA LUMPUR 17 Mac - Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas terjatuh daripada jentera ‘skylift’ ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah pangsapuri di Subang Jaya, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan melalui panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira pukul 3.50 petang.
Menurutnya, sepasukan polis dari Balai Polis USJ 8, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan awal di lokasi menemukan tiga lelaki terbaring di bahagian pintu masuk apartmen.
"Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa cedera kepala dan dada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta beberapa anggota badan.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga mangsa yang juga warga asing berusia antara 38 hingga 46 tahun menjalankan kerja penyelenggaraan di tingkat lima menggunakan jentera skylift.
"Ketika kejadian cuaca dilaporkan hujan lebat," katanya.
Menurutnya, setakat ini pemeriksaan tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
"Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:22 pm
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 3:13 pm
Kerajaan umum diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
Zamri Vinoth didakwa muat naik kenyataan cetus kegentaran awam di Facebook
March 17, 2026, 10:12 am
