Berita Berita
'Saya minta maaf kepada umat Islam' - Mahendra didenda RM4,000 muat naik video cetus kegentaran awam
SEREMBAN 7 Mac - Seorang pemandu e-hailing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran video di media sosial yang boleh menimbulkan kegentaran awam.
Tertuduh, P Mahendra Boopathy, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
"Saya minta maaf kepada umat Islam yang mana saya menyebarkan video itu tanpa niat apa-apa," katanya ketika membuat rayuan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik video di akaun Facebook miliknya dengan kenyataan yang mungkin mendorong orang awam melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Masjid Jamek Dato' Bandar Hj Ahmad Rasah pada 27 Februari lalu.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan denda minimum dengan alasan kereta digunakan untuk bekerja sedang dibaiki serta perlu menanggung seorang anak yang masih bersekolah dan bapanya yang lanjut usia.
Dia turut memohon maaf kepada mahkamah dan seluruh umat Islam atas perbuatannya yang menimbulkan rasa tidak puas hati.
Sementara itu, Pengarah Pendakwaan Negeri, Ku Hayati Ku Haron berkata kenyataan yang dikeluarkan tertuduh boleh mengganggu ketenteraman awam dan hukuman dikenakan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:22 pm
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 3:13 pm
Kerajaan umum diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 1:44 pm
Dua maut, seorang parah jatuh ‘skylift’ ketika hujan lebat di Subang Jaya
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
