Berita Berita
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang didakwa atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak RM4,500.
Mahkamah Majistret di sini membenarkan Zamri diikat jamin oleh rakan pendakwahnya, Firdaus Wong.
Ketika ditemui pemberita selepas prosiding mahkamah, Zamri meminta semua pihak supaya berdamai demi kebaikan negara.
Menurutnya, sebarang isu yang timbul wajar diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan keharmonian masyarakat.
“Apa-apa perkara pun kalau kita boleh bergerak ke arah pendamaian, itu jauh lebih baik demi kebaikan Malaysia,” katanya.
Zamri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Pesanan terakhir saya, selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Insya-Allah jumpa lagi dan terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Zamri atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam melalui akaun Facebook miliknya pada bulan lalu.
Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) itu memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan 29 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 4:54 pm
Lelaki ‘naik minyak’ tetak rakan sekerja selepas ditegur nasi belum masak
March 17, 2026, 4:18 pm
Anwar gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 3:13 pm
Kerajaan umum diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 1:44 pm
