TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 17 Mac - Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin sebaik tertuduh berusia 44 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, wanita terbabit yang mempunyai hubungan amanah sebagai ibu kandung didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah kediaman di daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 10.30 malam pada penghujung Disember 2024.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tujuh tahun itu berkuat kuasa bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 3 Mac 2024.

+ - reset