Berita Berita
Kerajaan umum diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi membantu mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut melibatkan tanggungan kewangan sebanyak RM21.03 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
“Diskaun ini akan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026.
“Ia membabitkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian diskaun itu merupakan sebahagian usaha kerajaan bagi meringankan beban rakyat serta memastikan perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri lebih lancar.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 4:54 pm
Lelaki ‘naik minyak’ tetak rakan sekerja selepas ditegur nasi belum masak
March 17, 2026, 4:18 pm
Anwar gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:22 pm
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 1:44 pm
