Berita Dunia
Pembangkang Israel beri amaran tentera di ambang keruntuhan
BAITULMAQDIS 27 Mac – Barisan pembangkang Israel memberikan isyarat berakhirnya konsensus politik berhubung peperangan menentang Iran selepas menilai kekuatan anggota tempur kini berada pada tahap yang membimbangkan, terutamanya di barisan hadapan Lubnan.
Ketua pembangkang utama, Yair Lapid, memberi amaran keras kepada rakyat bahawa negara itu sedang berhadapan dengan satu lagi bencana keselamatan memandangkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah dikerah melampaui kemampuan maksimum mereka.
Beliau mendakwa kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu membiarkan pasukan tentera dalam keadaan parah di medan tempur tanpa strategi yang jelas serta sokongan kemudahan yang mencukupi untuk menjalankan misi peperangan.
Kenyataan drastik tersebut menyusul selepas kebocoran maklumat daripada Ketua Turus Tentera, Leftenan Jeneral Eyal Zamir, yang dilaporkan memberitahu kabinet keselamatan bahawa IDF kini berada di ambang keruntuhan dan memerlukan undang-undang pengerahan anggota baharu dengan segera.
Eyal Zamir menegaskan bahawa pasukan simpanan tidak lagi mampu bertahan dan menuntut pendaftaran penganut Yahudi ultra-Ortodoks, yang sebelum ini mendapat pengecualian perkhidmatan ketenteraan, dilaksanakan bagi menampung kekurangan anggota.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan berjanji kepada kabinet untuk meluluskan perundangan pengerahan tersebut selepas cuti Paskah pada April ini, meskipun beliau sangat bergantung kepada sekutu parti ultra-Ortodoks untuk mengekalkan kuasa pemerintahannya.
Bekas Perdana Menteri, Naftali Bennett, turut mengkritik kegagalan kerajaan dalam mencapai kemenangan di Lubnan mahupun Gaza, selain menyifatkan pengecualian ketenteraan kepada komuniti tertentu telah mewujudkan ketidakadilan dalam sistem pertahanan negara.
Dalam pada itu, jurucakap tentera, Brigedier Jeneral Effie Defrin, mengesahkan bahawa IDF memerlukan lebih banyak pasukan tempur khususnya di selatan Lubnan bagi mewujudkan zon pertahanan hadapan dalam mendepani ancaman pejuang Hizbullah.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
