Berita Berita
Budak 4 tahun maut, bapa selamat dalam kebakaran lori di Pasir Gudang
JOHOR BAHRU 27 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dalam kebakaran sebuah lori tanpa muatan berhampiran kawasan perindustrian di Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, Pasir Gudang, hari ini.
Dalam kejadian itu, bapa mangsa yang juga pemandu lori terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran berkenaan.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.46 pagi sebelum seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran lori tanpa muatan yang terbakar kira-kira 60 peratus di bahagian kepala lori.
"Tindakan awal dari orang awam memadam api menggunakan enam alat pemadam api jenis debu kering dan satu jengkaut membawa tanah.
"Ketika kejadian, terdapat seorang mangsa kanak-kanak berada di dalam lori, manakala pemandu lori seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
