TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki tampar pelajar di LRT Pasar Seni didenda RM2,000

By
|
Kongsi
image


 

KUALA LUMPUR 30 Mac – Seorang lelaki yang tular kerana menampar pelajar tingkatan satu di sebuah premis makanan di Stesen LRT Pasar Seni dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah 1, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, tertuduh, Muhammad Sivakumar Perumal, 48, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

"Lelaki itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman kerana gagal membuat bayaran denda," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 24 Mac lalu, mangsa, Farhan Nasir Muhammad Isa, 13, dilaporkan mengalami kecederaan akibat ditampar oleh tertuduh.

Menurut laporan sebelum ini, mangsa ke premis makanan berkenaan untuk membeli roti dan terus ke kaunter selepas mendapati tiada pelanggan beratur.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan lelaki terbabit secara tiba-tiba menamparnya.

Susulan insiden tersebut, polis menahan suspek di sebuah premis makanan di tepi Jalan Masjid India pada jam 3.40 petang, 27 Mac lalu bagi membantu siasatan.

+ - reset