Berita Berita
PETRONAS jamin bekalan stabil, orang ramai diminta elak pembelian panik
KUALA LUMPUR 30 Mac – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik atau menyorok bahan api susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat, kerana tindakan sedemikian hanya akan memburukkan keadaan bekalan domestik.
PETRONAS dalam satu kenyataan menegaskan bekalan petrol dan diesel di negara ini kekal mencukupi serta berada dalam keadaan terkawal.
"Bagi menangani kekurangan bekalan domestik, PETRONAS memanfaatkan rantaian nilai bersepadunya dan bekerja melalui anak syarikatnya untuk memastikan bekalan petrol dan diesel yang mencukupi," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan turut disokong oleh penguasaan pasaran PETRONAS yang mencecah hampir 50 peratus sehingga Mei 2026, manakala baki bekalan ditampung oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.
Bagaimanapun, Malaysia tidak terlepas daripada kesan ketidaktentuan global, memandangkan hampir 40 peratus keperluan minyak mentah negara melalui laluan Selat Hormuz.
Sejak krisis tercetus, harga minyak mentah dunia meningkat hampir 40 peratus, sekali gus menyebabkan kenaikan kos perkapalan, premium insurans serta logistik penghantaran, yang memberi tekanan kepada keselamatan bekalan bahan api negara.
"Memandangkan tempoh dan tahap sepenuhnya peperangan di Iran kekal tidak menentu, PETRONAS sangat menyarankan penggunaan tenaga yang lebih cekap oleh industri dan orang awam," katanya.
Dalam pada itu, pengguna di Malaysia masih dilindungi daripada kesan kenaikan harga global berikutan harga bahan api runcit dikawal melalui Mekanisme Harga Automatik.
Kerajaan turut meneruskan pemberian subsidi bagi RON95 dan diesel bagi mengurangkan beban rakyat, sekali gus memastikan harga bahan api di negara ini kekal antara yang terendah di rantau ini.
PETRONAS memaklumkan akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan bagi mengurus sebarang kemungkinan gangguan bekalan dan memastikan keselamatan tenaga negara sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
March 30, 2026, 11:24 pm
Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR
March 30, 2026, 10:59 pm
Lelaki tampar pelajar di LRT Pasar Seni didenda RM2,000
March 30, 2026, 8:12 pm
Pokok tumbang di enam lokasi sekitar Kuala Lumpur akibat ribut petir
March 30, 2026, 8:05 pm
IPTA diberi kelonggaran laksanakan PdP dalam talian susulan cuaca panas
March 30, 2026, 7:43 pm
Remaja 18 tahun maut digilis bas di lampu isyarat Parit Jawa
March 30, 2026, 5:42 pm
MOT cadang pinda akta, tuntut pemandu mabuk bayar ganti rugi terus kepada waris
March 30, 2026, 4:32 pm
Polis dedah Victor Chin pernah didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram tahun lalu
March 30, 2026, 4:29 pm
Tuan Ibrahim tuntut laporan siasatan saham Azam Baki didedahkan segera
March 30, 2026, 4:20 pm
