Berita Berita
MOT cadang pinda akta, tuntut pemandu mabuk bayar ganti rugi terus kepada waris
PUTRAJAYA 30 Mac - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu adalah tambahan kepada hukuman penjara sedia ada yang telah diperatkan melalui pindaan undang-undang pada Oktober 2020.
Beliau menjelaskan bahawa mengikut Seksyen 44 akta berkenaan, mana-mana individu yang menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.
“Pesalah juga boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika disabitkan kesalahan buat kali pertama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagi kesalahan berulang, hukuman adalah lebih berat iaitu penjara tidak melebihi 20 tahun serta denda maksimum sehingga RM150,000.
Anthony turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Amirul Hafiz Omar yang maut dalam nahas tragis di Jalan Raya Barat, Klang akibat dirempuh pemandu mabuk dan positif dadah.
Beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai satu bentuk kecuaian jenayah yang sangat menyayat hati dan tidak boleh diterima sama sekali oleh pihak kerajaan.
“MOT memandang serius kejadian ini dan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyegerakan siasatan menyeluruh agar kes tersebut dapat dirujuk segera ke Jabatan Peguam Negara.
Beliau turut menzahirkan harapan agar pihak mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat terhadap pesalah sekiranya didapati bersalah bagi memberi pengajaran kepada orang lain.
Cadangan mewajibkan pembayaran ganti rugi terus kepada keluarga mangsa dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan dalam membela nasib waris yang kehilangan punca pendapatan.
Berita berkaitan
July 3, 2026, 4:52 pm
DBKL keluar notis, kompaun JMB 'Bund Shanghai' gagal patuhi arahan
July 3, 2026, 4:13 pm
Lelaki maut tersepit, Alza bertembung Alphard di Bera
July 3, 2026, 4:04 pm
TEKUN bantu dua beradik hilang kaki bina hidup semula berniaga cendol
July 3, 2026, 4:02 pm
Isu JS-SEZ: Anwar sifatkan Onn Hafiz 'tak cerdik' guna projek pusat sebagai modal kempen
July 3, 2026, 3:53 pm
Isu lantikan di NFCC: Kuasa batal keanggotaan Azam Baki tertakluk pada Agong – PM
July 3, 2026, 2:43 pm
Kerajaan lulus peruntukan tambahan RM10 juta perkasa industri teksi – Anwar
July 3, 2026, 2:18 pm
'Saya dilantik Agong sebagai penasihat NFCC, bukan kerana jawatan di SPRM' - Azam Baki
July 3, 2026, 11:56 am
