TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM beri bayangan bantuan tambahan tangani kenaikan harga barang, bahah api

By
|
Kongsi
image

 

KUALA TERENGGANU 14 April – Kerajaan akan terus memperhalusi pelbagai pendekatan bagi menangani tekanan kenaikan harga barang keperluan dan bahan api, termasuk mempertimbangkan langkah tambahan sekiranya keadaan memerlukan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal komited mencari penyelesaian terbaik bagi meringankan beban rakyat dalam situasi ekonomi semasa.

Menurut beliau, beberapa langkah rangsangan telah dilaksanakan ketika ini, termasuk pengekalan harga minyak pada paras RM1.99.

"Selain itu, bantuan diesel untuk sektor pengangkutan termasuk bas sekolah turut diberikan. Itu merupakan antara bentuk bantuan yang sedang dilaksanakan sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan pelarasan bajet atau pengenalan semula pakej rangsangan ekonomi dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa satu mesyuarat penting akan diadakan esok (Selasa) bagi menilai implikasi keselamatan negara, selain perbincangan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta sekretariat ekonomi.

"Esok akan diadakan mesyuarat melibatkan aspek keselamatan negara bagi menilai implikasi keselamatan, selain perbincangan di peringkat MTEN dan sekretariat ekonomi.

"Usaha akan terus dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat keperluan untuk sebarang langkah tambahan (bantuan)," jelas beliau.

Terdahulu, Anwar mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu, termasuk menghadiri Mini Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu Equestrian Resort (TER).

+ - reset