TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekalan diesel cukup, hanya beberapa gangguan terpencil berpunca daripada isu logistik – Armizan

By
|
Kongsi
image

 

KUCHING 14 April – Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel di seluruh negara kekal mencukupi, namun penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan tiada ketirisan dalam rantaian bekalan, khususnya dalam keadaan ketidaktentuan global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata, beberapa gangguan terpencil yang dilaporkan adalah berpunca daripada isu logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan dan depoh, bukannya disebabkan kekurangan bekalan.

“Isu-isu ini telah dan sedang ditangani segera. Sehubungan itu, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan sekiranya terdapat stesen minyak mengalami kekurangan bekalan melalui platform aduan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Kampung Bratan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Armizan berkata kerajaan akan terus memperkukuh pelaksanaan PJRM sebagai antara mekanisme intervensi utama bagi membantu rakyat menangani tekanan kos sara hidup.

Menurutnya, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 7,320 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara dengan lebih 7.38 juta transaksi direkodkan.

+ - reset