Berita Berita
Ustazah rempuh pelajar hingga maut depan surau sekolah berdepan penjara 10 tahun
KOTA BHARU 14 April – Seorang ustazah yang dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan utiliti sukan (SUV) sehingga merempuh pelajar dan menyebabkan kematian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini, berdepan hukuman berat termasuk penjara jika disabitkan kesalahan.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 serta hukuman penjara lima hingga 10 tahun.
Menurutnya, guru berusia 57 tahun itu kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini.
“Guru tersebut akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan perintah reman terhadap wanita berkenaan yang bermula semalam hingga hari ini bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari Ahad lalu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selepas dirempuh kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu SUV jenis Honda HR-V yang dipercayai tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan.
“Pemandu kenderaan itu dipercayai tertekan pedal minyak sebelum terbabas ke depan sehingga terlanggar dua orang pelajar perempuan,” katanya.
Insiden itu turut mencetuskan suasana pilu apabila bapa mangsa dilaporkan tidak dapat menahan sebak melihat anaknya terbujur kaku di dalam surau selepas kejadian.
Berita berkaitan
April 14, 2026, 10:41 am
Pelajar perempuan cedera di leher ditendang rakan lelaki dari belakang di padang sekolah
April 14, 2026, 10:29 am
Bekalan diesel cukup, hanya beberapa gangguan terpencil berpunca daripada isu logistik – Armizan
April 14, 2026, 10:27 am
Asyraf kesal sijil, ganjaran pelajar cemerlang spm ditahan sekolah kerana tunggakan yuran PIBG
April 14, 2026, 10:21 am
Lelaki mengaku hamilkan kekasih hingga bersalin dalam serbuan JAINJ di kluang
April 14, 2026, 10:01 am
Pejabat Menteri Pertanian nafikan Mohamad Sabu galak tanam ganja di rumah
April 14, 2026, 9:58 am
Suspek langgar lari anggota trafik, polis di Jalan Cheras hidap skizofrenia ditahan
April 14, 2026, 8:54 am
PM beri bayangan bantuan tambahan tangani kenaikan harga barang, bahah api
April 13, 2026, 6:13 pm
