Berita Berita
Anwar Ibrahim arah kerja pemulihan sekolah terbakar di Bachok disegerakan
KUALA LUMPUR 14 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya kerja-kerja pemulihan Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Muhammadiah di Bachok, Kelantan yang musnah dalam kebakaran petang kelmarin dilaksanakan dengan segera.
Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Madani akan menyegerakan bantuan yang diperlukan serta bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan sekolah berkenaan kembali berfungsi seperti sediakala demi kelangsungan pendidikan para pelajar.
Beliau menyatakan bahawa aspek keselamatan, keselesaan serta kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan tertinggi bagi pihak kerajaan.
Perdana Menteri turut mengarahkan Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) serta agensi-agensi berkaitan untuk mengambil tindakan tuntas bagi menangani insiden yang menyayat hati itu.
Menurut beliau, fokus utama ketika ini adalah untuk menjamin keselamatan pelajar serta memastikan kelancaran sesi pembelajaran yang terganggu akibat kerosakan infrastruktur tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.37 petang Ahad lalu, tiga blok bangunan sekolah terbabit dilaporkan musnah sepenuhnya merangkumi blok akademik, bilik penyelia serta asrama pelajar lelaki.
Berita berkaitan
April 14, 2026, 5:05 pm
Dua lelaki maut selepas lori muatan ayam terbabas di Lebuhraya WCE
April 14, 2026, 4:56 pm
Lebih 200,000 Penjawat awam mula bekerja dari rumah esok
April 14, 2026, 4:48 pm
Bomba bantu keluarkan ibu jari bayi lelaki tersepit pada 'baby walker' di Klang
April 14, 2026, 4:42 pm
6 kapal milik Malaysia masih terkandas, AS digesa pertimbang semula kepungan di Selat Hormuz
April 14, 2026, 4:19 pm
Konflik Asia Barat: Ekonomi Malaysia kekal stabil, kukuh walau dunia bergolak - AMK
April 14, 2026, 2:53 pm
Anwar Ibrahim zahir takziah atas pemergian penyanyi legenda India Asha Bhosle
April 14, 2026, 2:33 pm
