Berita Berita
Bank Rakyat umum dividen 18 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun
PETALING JAYA 16 April – Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (TK 2025) berjumlah RM534.7 juta, yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun lalu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, pembayaran dividen akan dilakukan bermula hari ini, memanfaatkan sejumlah 783,324 anggota.
“Prestasi kewangan yang memberangsangkan membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai penghargaan kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.9 bilion bagi TK 2025, 4.2 peratus lebih tinggi berbanding RM1.8 bilion pada tahun sebelumnya.
Ia dicapai melalui asas kukuh Kumpulan serta tumpuan terhadap aktiviti teras, disokong oleh keadaan ekonomi domestik yang bertambah baik, sementara Kumpulan kekal berwaspada dalam menghadapi prospek ekonomi global yang tidak menentu dan persekitaran perbankan mencabar.
Berita berkaitan
April 16, 2026, 8:31 pm
Saksi sahkan akaun Bersatu terima RM5 juta antara September 2021 hingga November 2022
April 16, 2026, 8:27 pm
KESUMA tiada halangan guna sistem pengambilan pekerja asing baharu Bestinet
April 16, 2026, 8:16 pm
Empat pekerja cedera dalam insiden letupan kilang besi di Gebeng
April 16, 2026, 7:23 pm
Rumah Terbuka Aidilfitri Green Packet meriah, himpun pemimpin dan tokoh korporat
April 16, 2026, 6:36 pm
PKMD Jasin kesan waris bayi perempuan lima bulan
April 16, 2026, 6:30 pm
Bandar Netivot di selatan Israel 'diserang' ribuan lebah madu
April 16, 2026, 6:27 pm
DSP Ahmad Ruzaini, 5 lagi didakwa merompak guna pistol di Desa Parkcity
April 16, 2026, 6:20 pm
Sanusi tolak cadangan darurat, mahu PRN diteruskan ikut proses demokrasi
April 16, 2026, 6:16 pm
PRESMA meterai MoU dengan Green Packet, restoran mamak bakal lebih maju
April 16, 2026, 5:26 pm
