Berita Berita
Empat lelaki samun kedai emas di Brickfields, kerugian hampir RM10 juta
KUALA LUMPUR 16 April – Sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields kerugian hampir RM10 juta selepas disamun sekumpulan lelaki bersenjata api dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi hari ini.
Dalam kejadian itu, empat lelaki yang belum dikenal pasti bangsa masuk ke premis dengan bersenjatakan dua pucuk pistol sebelum melarikan 21 dulang emas dengan anggaran berat kira-kira 15 kilogram dan nilai sekitar RM9.7 juta.
Suspek turut melarikan selaras senapang patah bersama sebutir peluru milik pengawal keselamatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 11 pagi.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan masih dalam siasatan. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, tular rakaman kamera televisyen litar tertutup sekumpulan penjenayah bersenjata melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Sentral Suites, Brickfields hari ini, dengan menyerang seorang pengawal keselamatan sebelum melarikan sejumlah barangan berharga dalam tempoh beberapa minit.
Berita berkaitan
April 16, 2026, 8:31 pm
Saksi sahkan akaun Bersatu terima RM5 juta antara September 2021 hingga November 2022
April 16, 2026, 8:27 pm
KESUMA tiada halangan guna sistem pengambilan pekerja asing baharu Bestinet
April 16, 2026, 8:16 pm
Empat pekerja cedera dalam insiden letupan kilang besi di Gebeng
April 16, 2026, 7:23 pm
Rumah Terbuka Aidilfitri Green Packet meriah, himpun pemimpin dan tokoh korporat
April 16, 2026, 6:36 pm
PKMD Jasin kesan waris bayi perempuan lima bulan
April 16, 2026, 6:30 pm
Bandar Netivot di selatan Israel 'diserang' ribuan lebah madu
April 16, 2026, 6:27 pm
DSP Ahmad Ruzaini, 5 lagi didakwa merompak guna pistol di Desa Parkcity
April 16, 2026, 6:20 pm
Sanusi tolak cadangan darurat, mahu PRN diteruskan ikut proses demokrasi
April 16, 2026, 6:16 pm
PRESMA meterai MoU dengan Green Packet, restoran mamak bakal lebih maju
April 16, 2026, 5:26 pm
