Berita Berita
KBS perluas akses pembangunan sukan belia di pedalaman Sarawak - Mordi
KUCHING, 17 April – Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) terus mempergiat usaha memperluas akses kepada peluang pembangunan sukan bagi golongan belia di pedalaman Sarawak.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, kementerian kekal komited memastikan faktor geografi tidak menjadi penghalang kepada potensi golongan muda, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Matlamat kami jelas, lokasi tidak seharusnya menentukan potensi. Kami kini mengalih tumpuan melangkaui pusat bandar bagi memastikan belia di pedalaman Sarawak menikmati akses sama kepada biasiswa sukan, geran dan program kepimpinan seperti di bandar,” katanya kepada Bernama ketika mengadakan lawatan ke pejabat biro Sarawak di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Biro Bernama Sarawak Ammar Shafiq Hamzah; Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo; serta Pengerusi Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) Cawangan Sarawak Nancy Nais.
Mordi berkata, kementeriannya bukan sahaja merangka dasar, malah memberi keutamaan kepada pelaksanaan berkesan bagi memastikan setiap inisiatif sampai kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi.
Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan penting media khususnya Bernama Sarawak sebagai rakan strategik dalam merapatkan jurang antara inisiatif kerajaan dan komuniti luar bandar.
“Keberkesanan sesuatu dasar bergantung kepada sejauh mana ia sampai kepada rakyat. Bernama Sarawak bukan sekadar organisasi berita, sebaliknya menjadi penghubung penting antara sumber kementerian dan belia yang memerlukannya,” katanya.
Berita berkaitan
April 17, 2026, 7:37 pm
Dua beradik warga emas maut, kereta bertembung van di Kuala Kangsar
April 17, 2026, 7:32 pm
PM tegaskan pendirian Malaysia terhadap Israel dalam temubual bersama Sneako
April 17, 2026, 7:28 pm
MARA taja pengajian lepasan SPM yatim piatu, ringankan beban keluarga
April 17, 2026, 7:24 pm
FELCRA nafi kaitan dengan penemuan 26 tong bahan kimia di Jempol
April 17, 2026, 3:21 pm
Malaysia utamakan kegunaan rakyat, pertimbang beri diesel pada Australia jika ada lebihan
April 17, 2026, 3:16 pm
Islam tidak larang hiburan selagi patuh garis panduan, hukum syarak
April 17, 2026, 3:08 pm
