Berita Berita
'Semua pun guna, jadi kena bersihkan' - Anwar tegur murid perlu dididik jaga kebersihan, termasuk cuci tandas sekolah
CYBERJAYA 17 April – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan semua murid perlu dididik untuk menjaga kebersihan termasuk membersihkan tandas di sekolah.
Beliau berkata, amalan itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia boleh dilakukan oleh murid tanpa mengira latar belakang keluarga dan kelas dalam masyarakat.
“Tapi saya faham ada juga segelintir ibu bapa yang membantah perkara itu di media sosial. Jadi, saya nak bagi nasihatlah, semua anak-anak kita ini tanpa kecuali, bukan golongan bangsawan semua.
“Semua kita dalam tanggungjawab, tandas kita guna dan kita perlu bersihkan ya,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya di sini, hari ini.
Katanya, beliau menyifatkan tugas itu bukan sesuatu yang rumit untuk dilakukan dan mahu semua ibu bapa memberi kerjasama sekali gus melatih anak-anak dalam menilai semua tugas dan kerja.
Mengulas lanjut, katanya, tugas membersihkan tandas sebenarnya bukan kerja hakiki tukang cuci.
“Jangan dianggap itu kerja tukang cuci, tukang bersihkan, jadi (seolah-olah) dia macam mengesahkan ada kelas dalam masyarakat,” katanya.
Anwar sebelum ini mengarahkan semua sekolah menyediakan jadual mencuci tandas melibatkan pelajar sekolah dalam memastikan kebersihan tandas sekolah di negara ini.
Berita berkaitan
April 21, 2026, 4:05 pm
Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran
April 21, 2026, 4:01 pm
Pandu mabuk dan langgar lampu merah, wanita dipenjara sehari, denda RM13,000
April 21, 2026, 3:56 pm
Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil
April 21, 2026, 3:51 pm
KDN teliti isu dokumen mangsa kebakaran Sandakan, utamakan warganegara
April 21, 2026, 3:46 pm
Anwar bakal umum langkah tambahan bantu siswazah menganggur
April 21, 2026, 2:20 pm
Polis pijak kepala orang awam: 'Jangan hukum dengan lihat video pendek sahaja' - Saifuddin
April 21, 2026, 11:29 am
