Berita Berita
MARA taja pengajian lepasan SPM yatim piatu, ringankan beban keluarga
SHAH ALAM 17 April – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tampil menghulurkan bantuan kepada seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga enam beradik yatim piatu untuk menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu diambil bagi meringankan beban kakak sulung mangsa yang berusia 25 tahun yang kini bekerja sebagai pembantu kedai runcit demi menyara lima adik-adiknya selepas kematian ibu dan bapa mereka.
Difahamkan, bapa enam beradik tersebut meninggal dunia pada 2019, manakala ibu mereka pula menghembuskan nafas terakhir pada tahun lalu, meninggalkan mereka tanpa tempat bergantung.
Dua daripada adik-beradik itu kini sedang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), manakala dua lagi masih di bangku sekolah menengah.
Pelajar lepasan SPM berkenaan berhasrat untuk mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di KPTM, dan Asyraf Wajdi memberi jaminan bahawa MARA akan membiayai sepenuhnya pengajian tersebut.
Asyraf Wajdi turut memaklumkan beliau telah meminta pihak pengurusan KPTM untuk memudahkan segala urusan kemasukan pelajar terbabit agar dia dapat memulakan pengajian tanpa gangguan kewangan.
Selain bantuan daripada MARA, pihak UTHM melalui Timbalan Naib Canselornya turut mengesahkan akan memberi bantuan khas kepada salah seorang adik-beradik tersebut yang sedang belajar di universiti berkenaan.
Beliau berkongsi berita hiba tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini selepas menerima maklumat mengenai kecekalan keluarga itu melalui satu pesanan ringkas yang dihantar kepadanya.
Berita berkaitan
April 17, 2026, 7:37 pm
Dua beradik warga emas maut, kereta bertembung van di Kuala Kangsar
April 17, 2026, 7:32 pm
PM tegaskan pendirian Malaysia terhadap Israel dalam temubual bersama Sneako
April 17, 2026, 7:24 pm
FELCRA nafi kaitan dengan penemuan 26 tong bahan kimia di Jempol
April 17, 2026, 6:28 pm
KBS perluas akses pembangunan sukan belia di pedalaman Sarawak - Mordi
April 17, 2026, 3:21 pm
Malaysia utamakan kegunaan rakyat, pertimbang beri diesel pada Australia jika ada lebihan
April 17, 2026, 3:16 pm
Islam tidak larang hiburan selagi patuh garis panduan, hukum syarak
April 17, 2026, 3:08 pm
