Berita Berita
Dua beradik warga emas maut, kereta bertembung van di Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR 17 April – Dua wanita warga emas maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah van di Jalan Lama Hala Kati, Kampung Lubok Chapin, petang tadi.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ang Sau Mooy, 69, dan adiknya, Ang Siew Luan, 67, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang sebelum mengerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar ke lokasi.
Insiden tersebut turut mengakibatkan dua lagi mangsa yang menaiki van Nissan Vanette, iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang wanita dalam lingkungan 60-an, mengalami kecederaan selepas tersepit di dalam kenderaan mereka.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan peralatan hidraulik khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mereka diserahkan kepada pihak ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Mayat kedua-dua beradik itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk urusan bedah siasat dan tindakan susulan, manakala operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 4.09 petang.
Berita berkaitan
April 17, 2026, 7:32 pm
PM tegaskan pendirian Malaysia terhadap Israel dalam temubual bersama Sneako
April 17, 2026, 7:28 pm
MARA taja pengajian lepasan SPM yatim piatu, ringankan beban keluarga
April 17, 2026, 7:24 pm
FELCRA nafi kaitan dengan penemuan 26 tong bahan kimia di Jempol
April 17, 2026, 6:28 pm
KBS perluas akses pembangunan sukan belia di pedalaman Sarawak - Mordi
April 17, 2026, 3:21 pm
Malaysia utamakan kegunaan rakyat, pertimbang beri diesel pada Australia jika ada lebihan
April 17, 2026, 3:16 pm
Islam tidak larang hiburan selagi patuh garis panduan, hukum syarak
April 17, 2026, 3:08 pm
