Berita Berita
PM tegaskan pendirian Malaysia terhadap Israel dalam temubual bersama Sneako
PETALING JAYA 17 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia untuk tidak mengiktiraf Israel selagi penindasan dan penjajahan ke atas bumi Palestin serta Gaza berterusan.
Dalam satu sesi perbualan bersama pempengaruh Amerika Syarikat, Sneako, Anwar menjelaskan bahawa Malaysia menentang segala bentuk penjajahan wilayah dan tidak akan menyokong tindakan yang melanggar hak asasi rakyat Palestin.
Beliau menyatakan bahawa walaupun Israel wujud secara de facto, Malaysia tidak melihat sebarang perubahan positif dalam dasar luar negara itu, malah mendakwa mereka terus memperluaskan pengaruh melalui penguasaan kawasan baharu.
Sneako turut membangkitkan isu persepsi negatif di Barat terhadap Iran dan tokoh revolusinya, Ruhollah Khomeini, yang kemudian diulas oleh Anwar berdasarkan pengalaman peribadinya melawat negara itu selepas revolusi.
Anwar mengimbau detik beliau menyertai delegasi awal ke Iran untuk bertemu Khomeini, namun menjelaskan bahawa menghormati pencapaian sesebuah negara tidak bermakna Malaysia bersetuju dengan semua tindakan atau pandangan pemimpin mereka.
Beliau turut memuji kemajuan ketara yang dicapai oleh Iran dalam sektor pendidikan, pembangunan ekonomi, serta penguasaan sains dan teknologi yang dianggap sangat memberangsangkan.
Tegas beliau, fokus Iran terhadap penyelidikan dan tahap pendidikan tinggi rakyatnya adalah satu pencapaian yang perlu diberi kredit secara adil oleh masyarakat antarabangsa.
Berita berkaitan
April 17, 2026, 7:37 pm
Dua beradik warga emas maut, kereta bertembung van di Kuala Kangsar
April 17, 2026, 7:28 pm
MARA taja pengajian lepasan SPM yatim piatu, ringankan beban keluarga
April 17, 2026, 7:24 pm
FELCRA nafi kaitan dengan penemuan 26 tong bahan kimia di Jempol
April 17, 2026, 6:28 pm
KBS perluas akses pembangunan sukan belia di pedalaman Sarawak - Mordi
April 17, 2026, 3:21 pm
Malaysia utamakan kegunaan rakyat, pertimbang beri diesel pada Australia jika ada lebihan
April 17, 2026, 3:16 pm
Islam tidak larang hiburan selagi patuh garis panduan, hukum syarak
April 17, 2026, 3:08 pm
