Berita Berita
Mangsa terselamat dedah sindiket scam tawar 'kerja halal' masih aktif beroperasi di Johor
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 22 April — Empat pemuda dari Air Baloi, Pontian, Johor mengalami pengalaman hitam apabila diperdaya sindiket pemerdagangan manusia yang berselindung di sebalik tawaran pekerjaan “halal” di luar negara.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim, berkata mangsa masing-masing berusia dalam lingkungan awal 20-an, pada awalnya direkrut oleh seorang individu dikenali sebagai Mr. A, rakan sekampung.
“Mereka kemudiannya diperkenalkan kepada seorang ketua sindiket dikenali sebagai “Daddy T”, dipercayai beroperasi dari Thailand,” katanya.
Menurut mangsa, mereka dijanjikan pekerjaan di Laos dengan gaji 1000 USD dan hanya perlu “ikut skrip”.
Tanpa penjelasan lanjut, mereka akur atas dasar kepercayaan lebih-lebih lagi kerana penglibatan dalam kumpulan kongsi gelap yang kononnya menawarkan perlindungan.
Lebih mengejutkan, mereka diarahkan menipu keluarga dengan mengatakan bahawa mereka akan bekerja di Singapura.
Pada 2 Februari 2026, mangsa dibawa dari Johor ke sebuah rumah transit sebelum diterbangkan dari KLIA ke Siem Reap, Kemboja.
Dari situ, mereka menempuh perjalanan hampir 8 jam ke Sihanoukville, Kemboja, lokasi yang terkenal dengan operasi pusat scam.
Setibanya di sana, barulah mereka menyedari hakikat sebenar bahawa mereka dipaksa bekerja sebagai scammer.
Mereka diarahkan menyamar, termasuk menjadi wanita dalam talian untuk memperdaya mangsa.
Jika gagal mencapai KPI atau enggan bekerja, mereka akan dipukul, malah ada yang dikenakan kejutan elektrik.
“Kalau tak ikut arahan, kami dipukul. Kaki saya pernah kena renjatan elektrik,” kata salah seorang mangsa.
Selepas tekanan berterusan, mangsa berjaya menghubungi keluarga secara rahsia.
Susulan pendedahan melalui sidang media pada pertengahan Mac, satu operasi diselaraskan bersama pihak berkuasa Kemboja.
Menyedari mereka akan diserbu pihak berkuasa, sindiket mula memindahkan mangsa ke hotel.
“Dari situ, mangsa mengambil peluang melarikan diri dan berlindung di sebuah surau sebelum diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia,” jelas Hishamuddin.
Walaupun mangsa telah selamat pulang, pendedahan mendapati sindiket tersebut masih aktif dan sedang merekrut individu baharu terutamanya dari Johor.
Menurut pihak MHO, lebih 300 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa pulang setakat ini, namun tindakan undang-undang terhadap perekrut masih sangat terhad.
Mangsa dan keluarga meluahkan rasa marah dan kecewa apabila individu yang merekrut mereka masih bebas.
“Saya tak puas hati selagi orang yang bawa anak saya tak didakwa,” kata ibu mangsa.
Laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini, tindakan lanjut masih belum jelas.
Pihak MHO mengesa pihak berkuasa untuk mempercepatkan siasatan serta mendakwa ejen perekrut.
“Ini bukan sekadar cerita scam ini realiti pemerdagangan manusia yang masih berleluasa,” ujar Hishamuddin.
Berita berkaitan
April 22, 2026, 5:55 pm
ADUN DAP mohon penternakan babi dibenarkan semula di Selangor
April 22, 2026, 5:49 pm
Rafizi nafi tidak konsisten, tegaskan pernah bantah kontrak Bestinet secara bertulis
April 22, 2026, 5:39 pm
Program BDR catat penjimatan bahan api RM678,000 babit 155,000 penjawat awam
April 22, 2026, 5:31 pm
Zakat Selangor nafi terlibat penyelewengan dana NGO RM230 juta
April 22, 2026, 5:27 pm
Penyelewengan dana NGO: MAIWP nafi kaitan rasmi, tegaskan integriti pengurusan zakat
April 22, 2026, 5:21 pm
GEG: Khairy kesal pengaruh industri tembakau punca Malaysia gagal ikut jejak Britain
April 22, 2026, 5:15 pm
Polis nafi minta sumbangan kewangan melalui WhatsApp
April 22, 2026, 4:54 pm
Skandal dana NGO RM230 juta, SPRM sahkan tidak libat wang zakat
April 22, 2026, 2:53 pm
