Berita Berita
Lelaki dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga ditemukan maut di R&R Kuantan
KUANTAN 22 April – Hasrat seorang nelayan warga Thailand untuk pulang bertemu keluarganya tidak kesampaian apabila dia ditemukan maut di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan semalam.
Mangsa, Mr. Sa-Edin Samaae, 57, difahamkan dalam perjalanan pulang ke Thailand dari Endau, Johor bersama enam rakannya dengan menaiki sebuah van ketika kejadian berlaku.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Ashari Abu Samah, berkata mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk di kawasan R&R berkenaan.
“Berdasarkan siasatan awal mangsa dipercayai pitam dan terjatuh di hadapan tandas R&R Kuantan sebelum orang awam mengangkat dan meletakkan mangsa di atas kerusi batu.
“Orang awam telah menghubung hospital dan pihak ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.
Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke HTAA untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tambahnya, siasatan awal turut mendapati mangsa yang tidak sihat sejak dua minggu lalu berhasrat pulang ke Thailand untuk bertemu keluarganya.
“Difahamkan mangsa sebelum ini mengalami bengkak pada bahagian kaki, namun tidak mendapatkan rawatan dan hanya membeli ubat di farmasi,” katanya.
Berita berkaitan
April 22, 2026, 5:55 pm
ADUN DAP mohon penternakan babi dibenarkan semula di Selangor
April 22, 2026, 5:49 pm
Rafizi nafi tidak konsisten, tegaskan pernah bantah kontrak Bestinet secara bertulis
April 22, 2026, 5:39 pm
Program BDR catat penjimatan bahan api RM678,000 babit 155,000 penjawat awam
April 22, 2026, 5:31 pm
Zakat Selangor nafi terlibat penyelewengan dana NGO RM230 juta
April 22, 2026, 5:27 pm
Penyelewengan dana NGO: MAIWP nafi kaitan rasmi, tegaskan integriti pengurusan zakat
April 22, 2026, 5:21 pm
GEG: Khairy kesal pengaruh industri tembakau punca Malaysia gagal ikut jejak Britain
April 22, 2026, 5:15 pm
Polis nafi minta sumbangan kewangan melalui WhatsApp
April 22, 2026, 4:54 pm
Skandal dana NGO RM230 juta, SPRM sahkan tidak libat wang zakat
April 22, 2026, 2:48 pm
