TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penyelewengan dana NGO: MAIWP nafi kaitan rasmi, tegaskan integriti pengurusan zakat

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 22 April – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan berjumlah RM230 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini MAIWP menjelaskan bahawa setiap pelantikan ejen kutipan zakat mahupun pemberian kebenaran pengagihan melalui kaedah Wakalah adalah tertakluk kepada syarat ketat termasuk pemantauan berterusan oleh Unit Audit Dalaman bagi memastikan setiap transaksi dana dilaksanakan secara telus.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum selepas SPRM menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi NGO kerana disyaki bersubahat melakukan penyelewengan dana antara tahun 2018 hingga 2024 yang mana siasatan awal mendapati perbuatan tersebut turut melibatkan dua pengarah syarikat.

MAIWP turut mendedahkan rekod kewangan bagi tahun 2023 hingga 2025 yang menunjukkan peningkatan kutipan zakat serta komitmen agihan yang agresif selain menyifatkan pencapaian Sijil Bersih Ketua Audit Negara selama 19 tahun berturut-turut sebagai bukti akauntabiliti tinggi dalam pengurusan dana asnaf.

Pihak berkuasa agama itu menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan tegas SPRM dalam membanteras penyalahgunaan wang kebajikan serta memberi jaminan kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan bahawa sumbangan mereka sentiasa diuruskan dengan penuh amanah melalui proses audit berkala.

+ - reset